Wednesday

Majlis Khatam Al-Quran Perdana - Sekolah Rendah Agama, Kuala Lumpur

Majlis Khatam Al-Quran Perdana untuk Sekolah-sekolah agama sekitar Wilayah Persekutuan telah diadakan di Masjid Negara pada 30 September 2010.
Dianggarkan lebih kurang 4,000 pelajar terlibat dalam Majlis Khatam Al-Quran Perdana ini. Acara ini telah berlangsung dari pagi dan berakhir lebih kurang pukul 12 tengahari.


Majlis Khatam Al-Quran Perdana ini dirasmikan oleh Dato Mashitah Ibrahim. Pada mulanya dicadangkan Majlis ini untuk diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Walau bagaimanapun, terdapat juga acara yg lain dijalankan pada tarikh dan waktu yang sama maka dipilih Masjid Negara. Oleh kerana jumlah pelajar yg terlibat dalam Majlis Khatam Al-Quran Perdana ini agak ramai, guru-guru dan terdapat juga sebahagian pelajar yang terpaksa duduk diluar ruang solat utama Masjid Negara.


Secara keseluruhan, dapat dilihat pelajar-pelajar agak gembira kerana majlis ini dijalankan secara besar-besaran begini. Namun begitu, diharap guru-guru dapat menapis pelajar-pelajar yang terlibat kerana daripada pemerhatian, tidak semua pelajar yang hadir itu menumpukan perhatian untuk bersama-sama membaca Al-Quran. Rata-rata yang hadir adalah pelajar Tahun 5 dan Tahun 6. Kemungkinan ada diantara mereka ini yang masih belum tamat Juzuk tetapi diminta untuk hadir demi mencukupkan bilangan yang ramai. Guru-guru juga dilihat sukar untuk mengawal pergerakan pelajar-pelajar yang ramai itu dimana ramai antara mereka keluar dari majlis ketika Dato Mashitah sedang berucap. Kemungkinan isi kandungan ucapan Dato Mashitah itu tidak berkenaan dengan keperluan pelajar kerana dilihat isi ucapan beliau adalah lebih untuk memenuhi keperluan institusi pembelajaran dan guru-guru.


Ada juga Qari jemputan iaitu pelajar Tingkatan 3 yang kurang upaya memperdengarkan bacaan beliau. Tetapi agak ralat juga bila pelajar-pelajar yang ada bertepuk tangan dengan gemuruh setelah Qari tersebut mengakhiri bacaan. Adalah lebih baik jika guru-guru yang berkenaan memberitahu adab-adab dalam memperdengarkan bacaan Al-Quran untuk Majlis yang akan datang.


1 comment:

  1. The Wizard of Odds - TrickToAction - TrickToAction
    The Wizard of 사설 토토 자수 유니 88 Odds is a 5-reel video 토 찾사 slot machine with 10bet bonus round, bonus spins, instant play, 토토 사이트 도메인 autoplay, 먹튀 video slots, multiplier, wild symbol,

    ReplyDelete

;