Friday

Tarannum Al-Quran

AlhamduliLlah...

I am currently learning Tarannum in which the word Tarannum originates from the work tarannama, yatarannamu tarannum which means singing. Dr Ruuhi al-Balbaki and Arabic expert clarified that the root word is rannama, yurannimu, tarnim which means intonation, modulation, recital, chanting, singing or humming.

Tarannum is a method for reciting with certain pitch, tone & melody.

There are 2 sessions for adults on every Sunday at AtTaqwa Mosque, Taman Tun Dr Ismail.

Ustaz Amirrahman teaches in the morning session.

Ustaz Nasir teaches in the afternoon session.

Ayat Al-Quran we have completed Tarannum with Ustaz Amirrahman is Surah AlWaqiah.

The session with Ustaz Nasir is actually for beginner of Tarannum but we may attend both classes. With Ustaz Nasir we are learning Surah Al-Mu'minun.

There are 2 types of Tarannum - tarannum asli and tarannum murattal.

The one that is recited in Tilawah Al Quran is tarannum asli whilst the one that normally being recited during prayers is tarannum murattal.

InsyaALlah with the knowledge of tarannum, it is hope that it can bring more sense and feeling whilst reeciting the Al Quran.

 

Wednesday

Ramadhan Kareem..

AlhamduliLlah! selesai mengkhatamkan Al-Quran dibulan Ramadhan ini moga-moga ALlah merahmati dan memberkati.

Terjemahan Doa Khatam Quran (diambil dari sini)

Maha benarlah ALlah yang Maha Agung, dan RasulNya Nabi yang mulia dan kami bersaksi atas kebenaran hal tersebut. Ya Rabb kami, terimalah amalan kami, karena sesunggguhnya Engkau Maha mendengar dan Maha mengetahui.

Ya ALlah anugerahkanlah kpd kami kenikmatan/kemanisan bagi tiap2 huruf dari Al-Quran, dan balasan bagi tiap2 juzuk dari Al-Quran. Ya ALlah jadikanlah huruf Alif sebagai kelembutan, huruf Ba barakah, Ta taubah, Tsa pahala, Jim kecantikan, Ha hikmah, Kha kebaikan, Dal dalil/petunjuk, Dza kecerdasan, Ra rahmah, Za kesucian, Sin kebahagiaan, Syin syifaa/ubat, Shad kebenaran, Dho cahaya, Tho ketenangan, Dzo keluasan, `Ain ilmu, Gho kekayaan, Fa kemenangan, Qo kedekatan, Qaf kemuliaan, Lam kelembutan, Mim nasihat, Nun cahaya, wa wushlah/sarana (?), Hha petunjuk, Ya keyakinan.

Ya ALlah berikanlah kami manfaat dengan Al-Quran yang agung dan tinggikanlah darjat kami dengan ayat2nya dan terimalah bacaan kami dan maafkanlah segala kesalahan, kelupaan, perubahan kalimat dari tempatnya, mengawalkan atau mengakhirkan, penambahan atau pengurangan, penafsiran yang tidak sesuai denga apa yang Engkau turunkan, keraguan atau sahwun (?), sui ilhanin(?), dan terburu2 ketika tilawah, kemalasan atau kesesatan lidah, waqof (berhenti) bukan pada tempatnya, mengidghomkan (mendengungkan bacaan) yang bukan idghom, mengidzharkan (bacaan tanpa dengung) yang bukan idzhar, madd (memanjangkan bacaan), mentasydid, hamzah, atau sukun, i’rab yang bukan pada tempatnya, atau kurangnya rasa cinta dan senang terhadap ayat2 yang memberi berita gembira, dan kurangnya rasa takut ketika membaca ayat2 ancaman, maka ampunilah kami Ya ALlah, dan jadikanlah kami sebagai orang yang syahid.

Ya ALlah terangilah hati kami dengan Al-Quran, dan hiasilah akhlak kami dengan Al-Quran, jauhkanlah kami dari api neraka dengan Al-Quran, masukkanlah kami ke syurgamu dengan Al-Quran. Jadikanlah Al-Quran sebagai teman di dunia, di dalam kubur sebagai penerang/teman , cahaya di atas titian sirat, dan teman di dalam syurga, dan penghalang dan hijab dari api neraka, sebagai petunjuk untuk segala kebaikan dan tetapkanlah kami dlm kesempurnaan , anugerahkan kepada kami kemudahan dlm mengamalkan Al-Quran dgn hati dan lisan, senantiasa cinta kpd kebaikan, kebahagiaan, kegembiraan atau keindahan iman. Dan selawat dan salam yg senantiasa tercurah kpd junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat atas kebaikan akhlaq dan kelembutan budi pekertinya di atas cahaya arasy.

Amin Ya Rabbal Alamin!



Majlis Khatam Al-Quran - 3 Julai 2010

Majlis Khatam Al-Quran ini berlangsung serentak dengan Majlis Perkahwinan Nurmayamin Abd Wahab & Firdaus Sulaiman.





Dato' Ismail Kamus juga hadir atas jemputan untuk meraikan pengantin dan juga menyampaikan tazkirah bersempena dengan Majlis Perkahwinan ini. Semoga apa yang disampaikan oleh beliau dijadikan panduan dan bekalan untuk mereka yang hadir dan juga yang mendengar dan menonton tazkirah ini.



Part 2


Part 3


Part 4

Thursday

Majlis Khatam Al-Quran - 24 Oktober

Majlis Khatam Al-Quran ini diadakan serentak dengan majlis meraikan keberangkatan ke Mekah dan juga majlis Aqiqah.

Majlis Khatam Al-Quran diadakan setelah Muhammad Al-Amin Mohd Adlan khatam Al-Quran dan adalah penyambung tradisi bila 3 generasi keluarga Tn Hj Abd Wahab - Muhammad Al-Amin (cucu), Mohd Adlan (anak) dan Firdaus (menantu) bersama-sama dalam satu majlis khatam Al-Quran dirumah.

Majlis ini juga merupakan majlis meraikan keberangkatan untuk menunaikan fardhu Haji buat Tn Hj Abd Wahab dan anak sulung Zawaluhelme pada 25 Oktober 2010 dan Pn Hjh Zaharah dan anak bongsu Nurmayamin pada 7 November 2010.

Beserta juga Majlis Aqiqah untuk Muhammad Ismail.





Semoga dengan berlangsungnya majlis ini dapat melahirkan keinsafan dan memberi lebih galakan untuk mengamalkan pembacaan Al-Quran disamping menambah  keinginan untuk belajar memahami maksud dan makna nya.

 

Wednesday

Majlis Khatam Al-Quran Perdana - Sekolah Rendah Agama, Kuala Lumpur

Majlis Khatam Al-Quran Perdana untuk Sekolah-sekolah agama sekitar Wilayah Persekutuan telah diadakan di Masjid Negara pada 30 September 2010.
Dianggarkan lebih kurang 4,000 pelajar terlibat dalam Majlis Khatam Al-Quran Perdana ini. Acara ini telah berlangsung dari pagi dan berakhir lebih kurang pukul 12 tengahari.


Majlis Khatam Al-Quran Perdana ini dirasmikan oleh Dato Mashitah Ibrahim. Pada mulanya dicadangkan Majlis ini untuk diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Walau bagaimanapun, terdapat juga acara yg lain dijalankan pada tarikh dan waktu yang sama maka dipilih Masjid Negara. Oleh kerana jumlah pelajar yg terlibat dalam Majlis Khatam Al-Quran Perdana ini agak ramai, guru-guru dan terdapat juga sebahagian pelajar yang terpaksa duduk diluar ruang solat utama Masjid Negara.


Secara keseluruhan, dapat dilihat pelajar-pelajar agak gembira kerana majlis ini dijalankan secara besar-besaran begini. Namun begitu, diharap guru-guru dapat menapis pelajar-pelajar yang terlibat kerana daripada pemerhatian, tidak semua pelajar yang hadir itu menumpukan perhatian untuk bersama-sama membaca Al-Quran. Rata-rata yang hadir adalah pelajar Tahun 5 dan Tahun 6. Kemungkinan ada diantara mereka ini yang masih belum tamat Juzuk tetapi diminta untuk hadir demi mencukupkan bilangan yang ramai. Guru-guru juga dilihat sukar untuk mengawal pergerakan pelajar-pelajar yang ramai itu dimana ramai antara mereka keluar dari majlis ketika Dato Mashitah sedang berucap. Kemungkinan isi kandungan ucapan Dato Mashitah itu tidak berkenaan dengan keperluan pelajar kerana dilihat isi ucapan beliau adalah lebih untuk memenuhi keperluan institusi pembelajaran dan guru-guru.


Ada juga Qari jemputan iaitu pelajar Tingkatan 3 yang kurang upaya memperdengarkan bacaan beliau. Tetapi agak ralat juga bila pelajar-pelajar yang ada bertepuk tangan dengan gemuruh setelah Qari tersebut mengakhiri bacaan. Adalah lebih baik jika guru-guru yang berkenaan memberitahu adab-adab dalam memperdengarkan bacaan Al-Quran untuk Majlis yang akan datang.


;